ULASAN BUJET 2010
Dewan Rakyat pada 14 Disember yang bersidang sehingga 11.25 malam menyaksikan satu adegan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam mentadbir Negara. Ruang perbincangan dan perbahasan untuk membentangkan Laporan Kewangan Petronas sewajarnya diberi untuk memastikan peruntukan yang diluluskan ini relevan sepanjang tahun hadapan. Kita tidak mahu nanti sampai Negara berhutang wang sana sini untuk run-out keperluan Negara. Tidak sampai ke situ harapnya.
Usul yang dicadangkan oleh YB Ketua Pembangkang adalah membentangkan Laporan Kewangan Petronas bagi Setengah Tahun Pertama Tahun 2009, 1 April 2009 sehingga 30 September 2009. Daripada inti pati laporan ini, pendapatan Petronas telah jatuh dengan begitu ketara RM58 bilion atau 37.5% berbanding masa yang sama tahun lepas.
Dalam Belanjawan 2010 yang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat,
kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan kewangan Petronas yang diumumkan pada 8 Disember menyebabkan Bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubah sesuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas. Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka Bajet 2010 yang dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejaskan warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.
Laporan Kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, dan Bajet 2010 negara yang perlu dibahaskan dengan segera. Namun, alasan yang dikemukakan Speker Dewan amat mengecewakan semua. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu;
(i) bahawa perkara itu tertentu;
(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ia berkehendak disegerakan.
Setelah meneliti perkara ini didapati bahawa perkara ini adalah satu perkara
yang tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai, walau bagaimanapun, perkara ini tidak perlu disegerakan. Oleh yang demikian, usul ini ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2).
Beberapa orang MP bangun menyokong dan meminta Yang Di-Pertua meluluskan usul itu. YB Siti Zailah (Rantau Panjang) turut serta dalam celahan dan menyatakan bahawa semenjak 8 tahun di Parlimen, belum pernah ada pembentangan laporan kewangan dari Petronas. Begitu juga di negeri-negeri terlibat seperti Kelantan dan Terengganu.
YB Lim Kit Siang turut menyelar tindakan menolak usul itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dewan rakyat kerana isu ini melibatkan kepentingan orang trbanyak dan ia amat perlu disegerakan. YB Salahuddin Ayub pula mempertikaikan gaji CEO Petronas yang mungkin melebihi RM50 000.
Setelah dewan berbelah bahagi,proses kiraan undi kali kedua diadakan. akhirnya 66 menyokong dan 63 menolak Bajet 2010 tersebut. Maka keputusannya Rang Undang-undang Perbekalan 2010 diluluskan. Dewan Rakyat ditangguhkan pada jam 11.21 malam.
Tuesday, December 15, 2009
Umno Rantau Panjang Dicabar
oleh Parta Sudiro, HarakahDaily
RANTAU PANJANG, 15 Dis: Ketika riuh rendah dengan desakan diadakan semula mesyuarat agung MCA bagi menyelesaikan konflik dalaman parti itu, fenomena serupa juga rupa-rupanya sedang melanda Umno Kelantan.Biarpun tiada laporan dapat dilihat dalam media harian, namun konflik yang melanda Umno Rantau Panjang kini tiada penghujungnya apabila kumpulan penyokong bekas ketua bahagian itu, Datuk Mohd Zain Ismail terus mengadakan desakan.Sehingga kini beberapa perhimpunan diadakan termasuk di Pejabat Umno Rantau Panjang di Kampung Lati, di Baroh Pial dan terbaru di Meranti.
Mohd Zain mendakwa Umno bahagian itu sekarang sangat goyah dan amat tidak stabil.“Demi untuk rakyat saya tidak penduli biar apa pun akan terjadi ke atas diri saya. Apa yang mustahaknya orang yang teraniaya mesti dibela,” katanya ketika berucap pada perhimpunan yang diadakan di rumah seorang penyokongnya, Yaakub Yunus di Meranti, kelmarin.Mohd Zain yang juga bekas Adun Bukit Tuku mendapat sokongan 18 AJK bahagian yang dipilih pada mesyuarat agung Oktober lalu dan 36 bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM).
Menurutnya, beliau memberanikan diri tampil berucap di majlis itu kerana tidak tahan dengan tindakan ketua bahagian, Abdullah Mat Yassin yang telah melencong jauh dari landasan kemanusiaan.“Saya tidak dapat menahan sabar untuk bertindak bersama kumpulan yang dianiayai sekali pun sekarang masih digantung Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun,” katanya.Sementara itu, PPM yang dipecat terus mendesak Abdullah mengosongkan jawatan segera bagi membolehkan satu mesyuarat agung tergempar (EGM) diadakan semula di bahagian berkenaan.
Selain itu, mereka turut mendesak timbalan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan 10 ahli jawatankuasa yang dilantik meletak jawatan.“Pemimpin bahagian yang ada sekarang tidak dipilih secara demokrasi dan banyak berlaku penyelewengan serta tidak selaras dengan kehendak rakyat dalam bahagian ini,” kata Yaakub sebagai mewakili PPM yang dipecat.Beliau juga mencabar kesemua PPM dan ketua PPM baru yang dilantik Abdullah supaya turut meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan dibuat rakyat di setiap mukim bagi melantik PPM.
Hadir sama di majlis berkenaan AJK bahagian, Datuk Abdullah Satar, bekas Adun Gual Periok, Abdul Rahman Awang, pengerusi ad hoc kumpulan pendesak, Abdul Halim Che Harun.Selain itu beberapa lagi AJK iaitu Abdul Aziz Ismail, Wan Yacob Wan Ismail, Wan Aminuddin Wan Daud dan Ketua Puteri bahagian, Nor Hayati Mat.Program tersebut dinamakan sebagai majlis ‘Pemantapan Umno Bahagian Rantau Panjang’ dihadiri kira-kira 400 penyokong Mohd Zain.Pada 3 Disember lalu program serupa diadakan di rumah bekas PPM, Wan Yacob Wan Ismail.Kumpulan itu kini difahamkan sedang mengatur jadual bagi mengadakan majlis serupa di seluruh Rantau Panjang bagi mendesak ketua bahagian sekarang meletak jawatan.Yaakub berkata, mereka tidak boleh mendiamkan diri kerana kepemimpinan Abdullah dikatakan banyak melakukan penganiayaan terhadap mereka yang tidak sebulu dengannya.“Ini termasuk program subsidi beras atau lain-lain bantuan kerajaan pusat hanya diberikan kepada kuncu-kuncu mereka sahaja,” jelasnya.
Pengerusi Tetap Umno Rantau Panjang, Abdul Halim Che Harun turut membidas ketua bahagian dan menyifatkannya sebagai tidak bertimbang rasa terhadap orang yang tidak disukai.“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan lama-lama, sebaliknya kita mesti jatuhkan dia secepat mungkin,” ujarnya.Sementara itu, beberapa pemerhati yang enggan dikenali memberitahu krisis Umno Rantau Panjang terus kronik dan sukar untuk dipulihkan lagi.

Celahan YB Kak Lah di Dewan Rakyat

Isu Dwi-Kenegaraan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, daripada pemantauan yang dibuat terhadap pemilik-pemilik
mempunyai dua status kerakyatan ini, adakah satu mekanisme dibuat untuk memastikan bahawa perkara ini tidak terus menular kerana perkara ini berlaku setahu saya, banyak kes ini berlaku.Dari sudut pemantauan yang dibuat, sejauh mana tindakan yang telah diambil terhadap kes-kes yang telah ditemui dan saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan warganegara Malaysia berkahwin dengan warganegara asing. Apakah mereka ini diberi keutamaan untuk mendapatkan status kerakyatan di Malaysia. Terima kasih.
Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sehubungan dengan warga Malaysia yang mengambil isteri daripada warga asing. Bagi suami, berkahwin dengan seorang wanita daripada warga asing. Wanita ini selepas bermastautin dan menjadi penduduk tetap di Malaysia selama dua tahun bahawa di bawah Peruntukan 15(1), beliau berhak untuk menjadi warganegara Malaysia.
keprihatinan YB Kak Lah dengan terus mnyuarakan permasalah rakyat akar umbi adalah atas kefahaman akan masalah dan kesulitan yang rakyat hadapi. beliau banyak turun padang dan bersama rakyat.
Monday, December 14, 2009
Merayakan Pengorbanan
YB bersama suami, turut melawat tempat penyembelihan yang dilakukan pada hari raya pertama, kedua dan ketiga. Kemeriahan suasana tidak tergambarkan tambahan pula penghargaan dan ucapan terima kasih yang diterima daripada penduduk kampung yang rata-rata jarang sekali dapat makan daging akibat kemiskinan.
Merata di tiga Dun, YB Kak Lah berharap agar huluran yang sedikit ini dapat dihargai oleh penduduk kampung dan diharapkan pembalaan kesyukuran itu dimanifestasi dalam bentuk kesyukuran yang lebih besar iaitu kesetiaan pada perjuangan Islam Total yang lagi syumul... Kuasa ditangan rakyat!
Wednesday, November 25, 2009
Membela Yang Tercicir
Pemimpin dan masayarakat adalah dua entiti penting yang perlu diseimbang dan diharmonikan fungsi serta peranannya demi memastikan Malaysia baru yang aman dan maju tercapai. Dimensi Malaysia baru yang digembar-gembur sana sini tidak kira oleh politikus mahupun intelektual amat cantik unatuk dijadikan realiti bersama. Namun, cabaran berlaku dipelbagai lapisan. Kekangan pertama dan utama ialah pemimin yang tidak amanah.
Amanah yang Allah beri kepada manusia tidak kepada gunung, haiwan dan makhluk lain sekian alam adalah natijah akal yang ada pada kita. Dan akal yang sihat bilamana diadun dengan iman dan takutkan Allah (hasil yakinnya "pokok Islam") sudah pasti akan menghasilkan suasana yang harmoni untuk kehidupan. Kestabilan ekonomi, politik, sosial dan keunggulan ilmu dilihat 'desired product' yang kita semua inginkan.
Turun padang salah satu cara pemimpin melunaskan amanah. Rakyat mengharapkan pembelaan dari pemimpin.
Sanggup meninggalkan sidang parlimen antara pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang tidak sedikit ini tidaklain hanya mengharapkan redha Allah dan amat bermohon agar rakyat yang dibakti tahu menilai kualiti wakil yang akan mereka pilih kemudian hari. Sekian.

Monday, November 9, 2009
Banjir di Kawasan Kak Lah
Subscribe to:
Posts (Atom)